3/10/14

Winter Backpacking in South Korea Day 1: 1001 Malam Mugunghwa Train, Korail

Aku tahu ,tak ramai yang nak naik Mugunghwa Train sebab 3rd class economy train.. Tapi sebenarnya Mugunghwa Train ni selesa dan besar kerusinya.. Korang boleh baring dan tidor nyenyak.. Seriously aku tak tipu... Dari awal lagi aku dengan along kata, kalau nak jimat duit hotel, kami memang kena naik Mugunghwa Train..

Aku rasa hijabista tak de nyer nak naik Mugunghwa ni.. Hanya yang tabah sahaja mampu.. wahahha. :P

Mugunghwa Train ni dia punya tahap kepanasan sampai aku punya kasut jadi mengecut. Aku galakkan banyakkan minum air dalam train ni, kalau tak minum boleh dehydrated korang waktu dalam train..Sepanjang perjalanan akan ada sahaja  pengumuman untuk next station. Jadi kita akan sentiasa alert. Tapi jangan risau, sebab Seoul Station merupakan station terakhir untuk Mugunghwa Train. Perjalanan dari Busan ke Seoul selama 5jam 20 minit.


Mugunghwa Train
South Korea 2014

Memandangkan kami 5 orang, jadi Kak Syam terpaksa duduk sorang. Mula-mula aku offer la dia duduk sebelah along.. Tapi dia kata takpe, dia okay duduk sorang.. Rupanya ada udang disebalik batu.. Orang yang duduk sebelah dia tu handsome.. Hehehe. Tapi mamat tu tak sampai satu station dah turun.. hahaha... 

Dah turun Mamat Korea yang Handsome, di ganti pula dengan Mamat Korea Disaster.. Tapi aku rasa ada sebab kenapa Allah uji kami dengan Mamat Korea Disaster ni, tapi bagi kami ianya satu pengalaman yang sangat berharga.. 

Mamat Korea Disaster sedang berjalan ke arah seat sebelah Kak Syam yang kosong.. Belum sempat dia duduk lagi , satu soalan yang buat Kak Syam terkedu..

"Why you cover?".. style korea tak reti cakap english sambil refer to tudung Kak Syam.. 

Dah sudah, ni payah.. Mamat ni tak faham English, kami pula tak faham Korea.. pengsan nak menjawab.. Aku tengok Kak Syam perlukan bantuan, mujurlah aku sempat download kat phone apps bahasa korea.. Ada satu ayat dalam apps tu bagitahu , "saya tak faham apa awak cakap" dalam bahasa Korea.. Tapi mamat ni nampak beria sangat nak tahu pasal Islam..Dia kata dia baru tahu pasal agama Islam, sebab dia baru convert agama lain... 

Korang tahu lah kan style orang korea cakap macam mana, style yang kuat-kuat tu dan macam nak keluarkan kahak... hahaha.. Jadi bising lah juga waktu dia bersemangat tanya  pasal Islam.. kenapa kami semua kena pakai tudung.. Disebabkan suara dia yang agak kuat, mak cik belakang aku complain dekat Conductor ticket train..

Conductor tu minta lah Mamat Korea Disaster ni slow dia punya voice... Yelah dah malam, semua orang nak tidor..Tapi dia ni memang eager sangat nak tahu pasal Islam.. Sampai dua kali Conductor tu datang minta dia slowkan voice..

Conductor tu sempat tanya Kak Syam.. "Where you want to go?" Kak Syam jawab "Seoul Station".. Gelak je conductor tu dekat Kak Syam.. Yelah, lagi 5 jam lagi baru sampai Seoul.. Maksudnya selama 5jam kemungkinan mamat ni akan bercakap non-stop.. Tapi korang nak tahu pukul berapa kami baru boleh tidor? Dekat pukul 2 pagi baru boleh.. hahahha.. Selepas kak syam , kata dia nak tidor.. Baru lah mamat tu diam.. 


Ticket Conductor
Mugunghwa Train
South Korea 2014

Lagi dua/tiga station nak sampai Seoul , baru kami terjaga.. Memang malam tu kami tak dapat nak tidor sangat sebab risau dan takut Kak Syam kena kacau lagi ke.. hehe.. Waktu Kak Syam terjaga, sempat lagi dia ucap "Good Morning " dekat Kak Syam.. huhuhu.. dah macam drama kekasih korea aku tengok :P

Inside the train
Mugunghwa Train
South Korea 2014

Sebelum sampai ke Seoul dia cakap, sorry sebab kacau kami malam tu. Sampai tak boleh tidor.. Then, dia kata dia sedih sangat sebab tak dapat nak communicate dengan kami sangat.. Sambil ambil air liur dan buat-buat nagis dekat mata.. Then ketuk-ketuk dada.. Memang style korean bila sedih.. hahahha .. Tapi kerana ramah-tamah Kak Syam melayan dia.. Kami dapat chocolate wafer dan Orange Juice and Apple Juice.. ngeee.. Pemurah betul orang korea.. Alhamdulillah rezeki kami...


Rezeki di pagi hari
Mugunghwa Train
South Korea 2014

Alhamdulillah kami tiba di Seoul Station lebih kurang pukul 4.40 pagi..  Sampai di Seoul Station.. Perut kami memang perlu diisi.. Nasib baik subuh lambat lagi.. Jadi kami makan dahulu Wild Shrimp Burger di Lotteria... Next, kami ada misi tersendiri.. Nak tahu ke mana? Tunggu.

Update: Train Mugunghwa ni rasa panas sebab kami pergi musim Sejuk/Winter. Untuk mengelakkan kami kesejukkan dan demi keselesaan pengguna. Mereka pasang heater .. Sediakan air masak dan tanggal winter coat anda, pakai sweater biasa sahaja. Kalau pergi musim lain, suhu dalam Mugunghwa train ni juga akan berubah ye. hehe
Note: Aku doakan semoga Allah memberi hidayah kepada Mamat Korea Disaster tu.. amin...
Note 2: #PrayForMH370

19 comments:

  1. Heeee pengalaman naik train yg best jgk tu naper x snap gambar mamat korea yg nk tahu pasal islam tu. Baik dia belanja air tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara sebab tak ambil gambar mamat tu sebab kami sebenarnya dah penat sangat, dan dah tak larat lagi.. Then, entah la masing-masing tak de mood kot nak ambil gambar..

      Alhamdulillah, mereka memang suka belanja kami :P

      Delete
  2. Ya Allah sakit kepala gelak baca entry pasal Mamat Disaster. Kenapakah itu gelaran diberi. Aku dapat imagine konduktor tu gelak bila dengar korang nak turun mana. Dalam hati 'Ha hambik ko'. Tapi best ah kan dapat rezeki di awal pagi.

    Next trip aku memang nak naik Mugunghwa. Haritu cancel sebab nak jimat masa. Even winter memang panas ye dalam train tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la.. dari awal lagi kami gelar dia Mamat Korea Disaster.. tapi tak de la disaster sangat.. huhuhu.. Maybe sebab kami ni jadi center of attraction kot..

      Yup, even winter tapi memang panas sampai boleh tanggal baju winter coat.. Sedap dan nyenyak untuk tidor.. hehe

      Delete
    2. During winter memang dalam train tu panas la. Tapi rasanya musim lain ok kot, suhu dalam train berkadar langsung dengan suhu kat luar. hehee

      Delete
  3. Dikacau tapi dapat air hahahaa okla tu.. naik train di Korea best kan hahaha ckp mcm pernah pergi jer :P kihkihihhh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ok lah tu.. berbudi bahasa budaya kita.

      Delete
    2. "Chocolate Wafer dan Orange Juice and Apple Juice".. akan ku buat baik dengan orang korea nanti untuk mendaptkan nyer hahaha :P

      Delete
    3. kena jadi afifah dululah baru boleh sebab ice breaker kita orang tentang hijab. dari situ build dialog panjang. baru dapat makanan free. berbaloi gaklah , air tu satu almost dlm rm2 , juice lebih lagi ...btw , apple juice tu sedap. serious

      Delete
  4. haha... ini lah satu2 nye traveler yang selalu sangat p korea. Tabik... in sya ALLAH kita sama2 doakan MH370.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol.. FYI, ni first time i pergi to korea.. haha.. macam mana selalu pergi? huhu

      Yeah #PrayForMH370

      Delete
  5. Hhahaha lawak...kesian kak syam. Tp train tu mmg panas ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang panas, sampai kasut mengecut and bila nak ambil barang boleh terasa kepanasan heater.. Tapi sebab kami gerak malam and musim winter.. tak sure lak kalau musim lain...

      Huhuhu

      Delete
  6. Salam, hi awak..sy nak tanya camne awak tempah tiket train mungunghwa tu yer. And jadual waktu perjlnan train dari seoul ke busan awak ade tak? Atau awak ade refer mn2 blog. cos sy balik ke KL baru naik flight dri busan. harap awak bole tlg sy dgn emel ke sy. pop_052@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Norainin, you can search available date and time for mugunghwa train at http://www.letskorail.com/ebizbf/EbizBfTicketSearch.do

      Delete
  7. Hahah part mamat disaster tu tak tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngee.. tak tahan.. tapi pengalaman untuk kami. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...