Surabaya, Indonesia- Part 5: Sunan Ampel & Cerita-Ceritanya

Pencarian gambar yang cantik untuk picture di atas sedang dijalankan.ngee

Setelah puas bergambar di Tugu Surabaya, kami ke Sunan Ampel kerana ianya berdekatan dengan Monkasel (not walking distance,kena naik kereta).Memandangkan hari yang kami lawati ialah khamis malam jumaat, jadi ramai yang datang berkunjung ke Sunan Ampel. Sangat crowded dan ramai mausia singgah melawat kubur Sunan Ampel. Tapi masih okay lagi, tak crowded macam jalan TAR waktu bulan Ramadhan. 



Sunan Ampel
Photographer: Syahidah Adnan
Sejarah Sunan Ampel

Sunan Ampel merupakan salah seorang Wali Songo (Sembilan Wali) yang merupakan seorang tokoh islam dalam penyebaran dakwah agama Islam di Indonesia. Nama asal Sunan Ampel adalah Raden Rahmat, nama Ampel merupakan gelarannya sempena nama tempat tinggalnya yang berdekatan dengan Surabaya. For more detail about Sunan Ampel, anda boleh baca di sini dan sini. Information lebih kurang. 



Pasar Arab di Sunan Ampel
Photographer: Syahidah Adnan

Jadi apabila anda ke Sunan Ampel, Surabaya, terdapat Masjid Ampel, kubur Sunan Ampel, dan (souq) pasar Sunan Ampel. Kawasan ni dah ala-ala arab street atau macam dekat Mekah. Terdapat perkampungan orang arab di kawasan sekitar Sunan Ampel. Memang keturunan arab, tapi dah jadi warganegara Indonesia. Waktu aku tengah tunggu Pak Tri , kami nampak pelajar-pelajar madrasah yang berketurunan arab pulang dari sekolah. Cantik wei! Macam sapa tak cantik tak boleh belajar situ. eh? Just kidding.



Banyak di jual di sepanjang Sunan Ampel
Photographer: Syahidah Adnan

Masjid Sunan Ampel
Photographer: Syahidah Adnan

Asalnya, aku nak ke Sunan Ampel sebab dekat sini banyak review kata harga pakaian lebih murah dari JMP (Jambatan Merah Plaza). Harga pakaian muslimah dan juga pakaian solat seperti telekung, sejadah, dan baju untuk muslimat memang murah di Sunan Ampel. Tetapi, kalau nak beli kain ela yang berela-ela adalah lebih baik beli di JMP atau Darmo Trade Center (DTC).Nanti aku buat post mengenai Shopping di Surabaya. hehee. Shopaholic mesti suka.  

Along sedang tawar-menawar.
Photographer: Syahidah Adnan

Special Note:

Rakyat Malaysia tak ramai datang sini untuk shopping. Ramai yang nak naik Bromo. Heheh. Jadi bila datang ke sini , orang mereka masih tidak dapat menggagak kami dari Malaysia. Jadi harga pun dapat murah berbanding tempat lain. Ah! Pecah rahsia.Jangan ramai-ramai pergi , nanti dalam masa 5 tahun harga kat sini MAHAL. Please jangan shopping disini. 


Cerita-Ceritanya. 

Apa yang aku tulis dibawah ini berdasarkan apa yang aku lihat dan fikir, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dari apa yang mereka lihat. 

Memandangkan kami datang ke sini pada khamis malam jumaat, jadi kami rasa pelik ramai  sangat manusia datang waktu hari ni. Mereka semua berpusu-pusu ke satu tempat. Kami ikut sekali orang ramai, siap ada ruangan masuk dan pergi. Rupa-rupanya ruangan tersebut ke tanah perkuburan . Makin aku dekati ada satu kubur yang dikelilingi orang ramai 
iaitu Makam Sunan Ampel. Berpusu orang mengelilingi kubur Sunan Ampel sambil membaca ayat. Aku tak pasti sama ada yaasin,selawat atau bacaan lain. 
Orang berpusu-pusu ke makam
Photographer: Syahidah Adnan
Walaubagaimanapun, kami tak dapat capture Makam Sunan Ampel sebab ada larangan mengambil gambar. Keadaan dia sama macam Makam Mbah Bolong dibawah ni, cuma dua kali ganda ramai . Gambar bawah ni pun tangkap curi-curi.


Makam MbahBolong yang dikatakan mati dan hidup sebanyak 9 kali
Photographer: Syahidah Adnan 
Disekeliling Kubur Sunan Ampel, ada tempayan-tempayan air yang besar untuk pengunjung minum. Tapi ada satu notis tertampal dalam bahasa Indonesia yang berbunyi -"Jangan ambil air berbotol-botol , gunakan cawan yang disediakan untuk minum". Macam tu lah, aku direct translate dalam bahasa mudah. Kalau aku husnuzon, mungkin mereka nak ambil air buat bekalan kot, free katakan. Tapi aku harap mereka tak anggap air tu macam air azimat atau yang bukan-bukan . 

Tempayan berdekatan Sunan Ampel
Photographer: Syahidah Adnan
Kami sampai di sini dah masuk waktu asar, sebab dah nak hampir pukul 6 lebih. Apa yang kami pelik, ada solat sunat berjemaah di luar masjid harap bukan solat sunat. Aku assume solat tahiyatul masjid secara berjemaah mungkin, ataupun baru nak solat asar (asar tergelincir). 
Solat jemaah di ruangan legar masjid
Photographer: Syahidah Adnan

Aku tak mau komen lebih-lebih , lihat dan nilai sendiri. Untuk mengetahui lebih mendalam, aku rasa lebih baik anda semua rujuk di sini, karya orang Indonesia mengenai Mitos dan Religi di Sunan Ampel.


Harapan aku bila mereka ke kubur untuk mengingati mati dan mendoakan agar para wali berada di tempat orang beriman. Bukan meminta karamah atau sebagainya, aku suka dengan pendapat seorang warga Indonesia mengenai pendapatnya menziarahi kubur Wali Songo.



Saya waktu masih tinggal di indonesia juga diperkenalkan oleh ortu berziarah wali songo….jadi boleh dibilang saya gemar ziarah kubur…saya lakukan waktu itu, pertama ikut orangtua, dan kedua memuaskan rasa ingin tahu akan wali songo yang terkenal berjasa menyebarkan Islam di pulau jawa….saya napak tilas dari sunan gunungjati di cirebon sampai sunan ampel di surabaya…apa yang saya lakukan di kuburan mereka ?Saya mendoakan mereka, mendoakan para wali itu agar mereka diberi kemuliaan oleh Allah swt disisiNya …. tidak meminta berkah atau keramat para wali …. mereka udah mati malah butuh doa dari kita yang masih hidup….tempat mereka dimakamkan tidak saya anggap suci atau keramat, biasa saja, seperti saya memandang kuburan nenek buyut saya…semua saya anggap soleh dan berharap bisa meneladani kesolehan itu dan mengagumi perjuangan mereka dalam menyebarkan Islam….Terus terang bagi saya tempat makam-makam para wali tidak menggetarkan hati, melihat kuburan mereka hanya mengingatkan pada saya bahwa suatu hari saya pun akan dikuburkan…melihat batu nisan itu mengingatkan saya untuk berbuat baik dan solehah…dan berpikir : apakah kalau saya mati kelak, kuburan saya akan ada yang merawat dengan baik seperti kuburan mereka…dan apakah setelah saya mati kelak akan ada yang mendoakan saya dan mengingat saya pernah hidup….atau semuanya akan melupakan saya begitu saja karena selama hidup saya tak berarti dan tak berjasa apapun…



Dah nak dekat maghrib, kami pulang dari Sunan Ampel. Malam tu, kami singgah sahaja McDonald di JMP. Tapau dan makan dekat hotel.. huhuh

Note 1: I am still thinking.


Comments

  1. salam.
    memang tepat sekali ulasan anda ttg ziarah kubur wali. mereka dah mati, kita tak boleh ambil berkat dan tak boleh mnta tlg dari mereka. tahun lps sewaktu saya ke Surabaya bersama 2 lagi kawan kami singgah di Ampel. Saya memang suka pergi ke Ampel kerana kelilingnya mcm negara Arab. Saya suka cari buku2 agama di toko2 kitab. Dalam pada itu saya ziarahlah juga kubur wali songo lbh kurang 5/10 minit, sekadar bg salam dn mendoakn agar semua ahli kubur di situ dirahmati ALLAH.

    tahun 2012 , saya ke Semarang, Demak, Kudus dan Surabaya dgn seorg kawan. Saya ingin melihat sendiri tempat2 ini yg dulunya merupakan antara kerajaan yang kuat. Semarang Demak , Demak Kudus naik bas lebih kurang 1 jam. Sempatlah juga saya ke masjid Demak dan Kudus dimana seperti juga Ampel terdapat makam wali Songo.
    Saya pun ziarah lah juga ke makam tuk wali ini doakan mereka dan mnta agar ALLAH berikan kpd saya istiqamah dalam berdakwah seperti wali ini.
    Dari kudus kami naik bas ke Yogyakarta selama 4 jam perjalanan. kami tak pergi ke candi Borobudur kerana ianya tempat Hindu seperti juga thn lps kami ke Siem Reap tak melawat Angkor war krna ianya tempat Budha.
    Kami hanya ziarah Masjid2 dan pondok pesantren. Dari Yogyakarta kami ke Solo dgn keretapi selama 1 jam. Dari Solo kami naik bas ke Madiun. Oleh kerana tiba waktu mlm kami naik ojek cari guest house , 1 bilik utk 2 katil hanya 15rm shj.
    Keesukannya kami naik bas ke Ponorogo utk menziarahi pondok pesantren Darus Salam Gontor yang sangat terkenal di Indonesia, malah di Malaysia juga. kami bermalam disitu dan keesukannya kami naik keretapi menuju Surabaya danbermalam di Ampel. Dari Ampel naik flight ke Bandung utk menziarahi pondok pesantren Darut Tauhid kelolaan Pak Agym. kami tidur di masjidnya shj.
    Saya akui memang hebat pak Agym bg tazkirah subuh, sampai skrg saya masih ingat lagi. Kepada sesiapa yg pergi ke Bandung singgahlah di pesantren ini, ada guest house disini dan ianya tidaklah jauh dari pusat Bandar.
    Dari Bandung kami pulang ke Kl setelah 9 hari kelilingi pulau Jawa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts