Surabaya, Indonesia - Day 2 Part 3 : House of Sampoerna

Jam menunjukkan pukul 8 lebih, ketika kami sampai di bandar Surabaya. Terus kami minta Pak Tri, bawakan kami ke House Of Sampoerna. Dia pelik, bukan dah tutup ke? Aku jawab, "mana ada saya dah tengok dekat internet dia tutup pukul 10p.m" . Jadi dia langsung dah mcm  bahasa indonesia pula terus bawa kami ke sana. 

Di sepanjang jalan ke House of Sampoerna terdapat banyak Restaurant antaranya Jom Bali. Jadi kalau korang rasa lapar, singgah je lah makan. Sebab apa aku cakap macam tu... teruskan baca....


Kami bercadang nak makan di Cafe House of Sampoerna, sebab ada orang review makan dekat situ. Tapi bila kami sampai di cafe, kami nampak mereka turut  menyediakan arak. aku tak amek gambar. Aku memang tak boleh kompromi, kalau dekat negara bukan Islam aku try cari restaurant tak ada sediakan arak, ini kan pula negara yang senang cari tempat Halalan Toyyiban Thoiyiban main hentam je eja.


Jadi apa kami buat? Dah ada dekat museum House of Sampoerna, masuk je dekat situ hanya untuk bergambar. Nasib free .. hhehe

House of Sampoerna
Photographer: Syahidah Adnan 


Along and nina
Photographer: Syahidah Adnan 
Apa yang menarik mengenai House of Sampoerna?

Dari pandangan hadapan House of Sampoerna,kita dapat lihat  3 buah rumah yang besar. Kanan sekali ,rumah pemilik Kilang Sampoerna, tengah hadapan Muzium Sampoerna, tengah belakang Kilang Sampoerna, kiri sekali Cafe House of Sampoerna. Kiranya, all in one. Aku pula kagum sebab tak percaya hujung sekali tu rumah pemilik Sampoerna. Walaubagaimanapun, rumah tu bukan untuk tuntunan umum. Rumah orang oii.. masuk kena bagi salam. Sebenarnya . dekorasi yang cantik dalam cafe boleh memukau orang yang datang ke sini.
Logo
Photographer: Syahidah Adnan
Kak Syahidah bersama Bechak~
Photographer: Nina

Aku lebih tertarik dengan sejarah founder of Sampoerna.Dari seorang tukang penjual makanan ringan boleh jadi tokey kilang rokok.. Mengagumkan, tapi teori aku mengatakan seolah-olah mereka terlibat dengan kumpulan percuma- lelaki- anak lelaki atau mungkin juga menyertai kumpulan- ster. Tapi ni teori aku yang mengarut, jangan pakai. hahaha. 


Small Stall
Photographer: Syahidah Adnan

Secara jujurnya, aku tak tahu apa motif aku datang ke sini. Kalau sebut Sampoerna, pasti terkenal dalam golongan penghisap asap aka smokers. Padahal aku ni digelar "Smokers Detector",walaupun tak ada orang hisap rokok aku boleh tahu orang tu baru hisap rokok.  Dari jauh pun boleh bau, siap boleh detect arah. hhahaha. Motif aku datang sini sukar dikenal pasti, mungkin sebab semua datang sini aku pun nak tahu apa yang ada. Yelah lonely planet pun suggest tempat ni.

Nak tahu lebih laju mengenai House of Sampoerna (click link yang aku bagi ni)


Ya, mau beli apa mas?
Photographer: Syahidah Adnan

Memandangkan kami tak makan di Cafe Sampoerna House. Jadi malam tu kami balik terus ke hotel. Makan la maggie dan biskut yang di bawa.. hahaha .. Sebenarnya kesian dengan Pak Tri yang dah penat bawa kami jauh.. huhu

Note 1: Aku hilang passion nak type.duh.asyik fikir pasal FYP. quiz. assignment. interview for intern . Doakan aku boleh hadapi saat-saat genting. bukan ke genting. ngee

Comments

Post a Comment

Popular Posts