#FoodForHomeless

Tujuan aku menulis bukan untuk berlagak. Aku tulis kerana aku ingin anda semua tahu, kita sebagai masyarakat harus saling bantu-membantu menolong orang di luar sana. Walaupun usaha kita sedikit, sekurang-kuranya membantu orang yang memerlukan. Semoga niat suci kita semua diberkati oleh Allah amin..


11/8/2012


Alhamdulillah pada 11/8/2012 aku telah mengikuti program #FoodForHomeless. Actually program ni under abang aku je, so join aje le sekali. The week before aku cuma tolong masak sikit-sikit and bungkus makanan. Tapi last week, memandangkan makanan untuk homeless agak banyak. Jadi, aku joinlah sekali menjadi volunteer memberi makanan kepada Homeless.


Antara salah satu penyebab program ini dijalankan,  sewaktu kami travel ke Bangkok kami sayu dengan keluarga homeless yang duduk ditaman tempat kami makan.. Kanank-kanak kecil ini sangat gembira apabila menerima makanan yang kami beri. Biskut yang kami beri tak banyak pun, tapi dikongsi mereka sekeluarga. Timbul rasa dalam hati aku, mana peranan aku sebagai masyarakat membantu orang susah? Mereka dah sememangnya susah . kenapa kita tak bantu dan menambahkan kesusahan mereka?

During our backpacking at Bangkok #FoodForHomeless 


Program #FoodForHomeless bermula dengan sesi memasak lebih kurang pukul 4petang.Dapur guna , dapur rumah aku. hehehe.. Bahan-bahan masak dibeli menggunakan wang sumbangan orang ramai. Ada 4 orang volunteer datang awal untuk membantu memasak- kak Huda, kak Zati, kak Besah and kak Fara. Tak lupa juga, along (my sister) turut membantu memasak. Aku? Hehehe. kena tolong mak memasak untuk juadah berbuka kang tak berbuka pula dahh... .

Lepas berbuka, lebih kurang pukul 8 malam sorang demi sorang volunteer datang ke rumah kami untuk membantu packaging nasi dan lauk untuk diberikan kepada homeless.Alhamdulillah,selain 100++ nasi bungkus  program ini turut menerima banyak sumbangan dari orang ramai antaranya beg tupperware, baju , kuih raya , cake choclate (ramai homeless nak ni), dan juga 100 bungkus nasi lemak.
#FoodForHomeless picture by @Encik Naim

Seramai 35 orang volunteer (maybe plus minus) join program malam tu. Memandangkan sumbangan yang diterima banyak, jadi kami devide team mengikut kawasan. Team A di area Masjid Negara, dan Team B di area Maybank . Aku join Team B bersama Along, Kak Besah, Kak Fara and Kak Zati  (tumpang kereta kak  Zati that nite). 


Mengangkat bungkusan makanan  #FoodForHomeless picture by @Encik Naim 
Sebelum bergerak ada sesi briefing dan bacaan doa. Team B ada special appearance dari artis iaitu Kak Azza Elite. Ngeh2.. Suka gila team B Kami bergerak pada pukul 12, sebab kebanyakan Homeless akan berkumpul ramai-ramai setelah pukul 12 , jadi senang untuk kami beri makanan kepada mereka. Tiba di Dataran Maybank, kami dapati ada organization lain sedang memberi makanan pada homeless. Rezeki mereka kot pada malam tu, ramai yang tampil untuk memberi makanan kepada mereka.


Mengedarkan makanan di Cahaya Suria #FoodForHomeless picture by @Encik Naim
Dari Dataran Maybank kami ke Cahaya Suria- Central Market- Pudu Raya- Dataran Maybank. Malam tu aku telah round satu Kuala Lumpur. Dari pukul 12.30am - 3pagi baru kami habis memberi makanan kepada homeless.. Sempat temubual pakcik di situ, dia kata termasuk kami dekat 5 organization bagi makanan pada malam tu. Rezeki harimau mereka dapat. Tapi bukan setiap hari mereka dapat bantuan, kadang kala tak dapat langsung. Macam last two week, kami je organization yang datang membantu. Sedih dengan keadaan mereka. Kalau kita tak bantu, siapa lagi dapat bantu?
Epic picture kak Besah  #FoodForHomeless picture by @Encik Naim 

Alhamdulillah team B sangat best dan saling tolong-menolong. Salute to all brothers yang bantu angkat air mineral yang sangat berat and protect all sister!. Thank you so much. .. . Thanks to Kak Azza and husband, sangat sporting dan sanggup turun sampai pukul 3pagi . Semoga niat suci anda semua  mendapat pahala dan keberkatan dari Allah. Amin...



Team B  #FoodForHomeless picture by @Encik Naim
 #FoodForHomeless video at Youtube 





Keratan akhbar kosmo 
Ehem famous along and kak Fara by Instagram Kak Fara
#FoodForHomeless 4/8/2012 by me
Selain daripada makanan, mereka juga memerlukan kelengkapan lain seperti selimut, toiletries, makanan tahan lama dan juga tempat berlindung. Setahu aku ada rumah for homeless tapi aku tak sure sama ada ia cukup untuk menampung homeless yang ramai.
Apa-apa pun di ucapkan ribuan terima kasih kepada semua volunteer that nite. Pengalaman bersama gelandangan membuat aku bersyukur dan tahu masih ramai yang kurang bernasib baik.

p/s: More info at twitter-type #FoodForHomeless
p/s/s: lari topik sikit blog aku..ngeh2

Comments

  1. mcm mana nak buat program ni ye? sbb student kat tempat akak nak buat CSR mcm ni

    ReplyDelete
  2. sebenarnya akak, saya cuma volunteer je. yang menguruskan program ni my big brother you may contact him at https://www.facebook.com/khairulaimanhamdan
    or twitter: https://twitter.com/mynameisk0

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts