Japanese Drama -JIN


JIN - bukan aku nak cerita mengenai jin. Tapi nak cerita Japan Drama yang aku baru habis tengok, dari season 1 to season 2 habis tengok. Marathon! Hehehe. Tak ada la marathon sebenar nye, coz aku dah start tengok sebelum puasa lagi. Tapi yang menarik cerita ni tak  menghampakan aku coz semangat kedoktoran yang ada dalam diri Minakata Jin. Rasanya, kalau dulu aku dapat tengok cerita Jin ni awal2 mesti aku lagi semangat belajar biologi. ahaha.

Minakata Jin merupakan seorang doktor pakar kepala telah melalui "time slip" dan kembali kepada zaman Edo, iaitu zaman sebelum zaman Meiji. Kalau belajar sejarah , zaman Meiji ni Jepun bersemangat nak menjajah luar negara. 

Tapi sebenarnye,aku lebih tertarik dengan kehadiran rakan yang dikenali oleh Minakata Jin iaitu Sakamoto Ryoma. Entah kenapa, aku ni cepat tertarik dengan cerita sejarah. Rupanya, Sakamoto Ryoma merupakan samurai yang mengubah zaman Edo. Beliau telah melakukan perubahan dengan "8 Point Plan for Imperial Restoration and Governance". Ini semua google and info dapat dari SamuraiWiki. Tetiba datang semangat samurai dalam diri. Hahahha


Sakamoto Ryoma yang sebenar.


Minakata Jin dengan Sakamoto Ryoma dalam JIN. Hhehehe by the way ni fake je.

Satu yang aku perasan dalam cerita jepun. Walaupun JIN hanyalah drama, bukan filem. Tapi mereka berjaya menghasilkan sebuah drama yang berkualiti dan berjaya membawa penonton kembali kepada zaman Edo dari segi senematografi, baju dan cara penceritaan. JIN memang buat aku rasa nak jadi doktor bedah. Dah Terlambat Hahaha. Apa-apa pun aku bagi 5 star untuk cerita ni! 

"The story follows a brain surgeon named, Minakata Jin, who has spent the last two years in anguish, as his fiancee lies in a vegetative state after an operation he performed. One day, he faints at the hospital and awakens to find himself transported back in time to the Edo period. He is soon attacked by a samurai, but he escapes with the help of a man named Kyotaro. Kyotaro suffers a serious injury to the head while trying to protect him, but Jin manages to save his life despite a lack of proper medical equipment. Because of that, Kyotaro's sister Saki begins taking an interest in Jin and becomes his assistant. Meanwhile, Jin is determined to find a way back to the present. --Tokyograph"

p/s: Nasib cerita jepun punya drama ada 9-10episode je. Jepun mana dah masuk nie? hahahah

Comments

  1. suka juge tgk citer japan ^^_
    nnt boleh tgk juge citer neh^^

    ReplyDelete
  2. hehehe. seronok tengok minakata jin punya semangat !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts