Penghulu segala hari.

Hari jumaat merupakan penghulu segala hari, hari yang mulia. Khamis malam jumaat, baca yaasin. Tapi kadang2 selalu lupa esok tu jumaat. Dush! Kena letak reminder sikit dekat nina.

Hari jumaat banyak perkara yang berlaku. Antara nyer, kehilangan arwah atok (belah mak) pada 1995 dengan arwah mak chek(belah mak) 2004. Both of them, meninggal kerana kanser. Arwah atok kerana kanser paru-paru, and arwah mak chek kerana breast cancer.

Tak lupa juga arwah atok (belah abah ) pada 1999 yang meninggal di tanah suci mekah selepas selesai menunaikan haji, dan juga arwah nenek mai (moyang aku belah abah) pada 2005 ,umur nya panjang sehingga dapat melihat cicit dan piut .

Setiap kali teringat mereka, aku sedekahkan al-fatihah dan bacakan doa agar mereka tenang di sana, kerana aku sentiasa ingat kata-kata arwah mak chek

"Kalau mak chek dah tak ada, sapa nak bacakan doa untuk mak check. Mak chek tak ada anak, anak buah mak chek je lah boleh bacakan untuk mak chek."

Aku jadi sayu, ketika mendengar kata-kata arwah mak chek. Waktu ni, aku form 1 (2002), tapi nak sedapkan hati mak chek . Aku cakap, insyaAllah mak chek hidup lama dan boleh sihat, kita orang (anak buah) akan selalu doakan arwah mak chek.

Breast cancer mak chek, semakin teruk pada 2002, doktor kata dah stage four of cancer. Aku ingat lagi, hari yang mak chek kena tumpah darah ketika itu wan pergi ke mekah. Pak cik nan , dan mak bung yang bawa mak chek ke hospital. Memandangkan nak dekat agar mak aku boleh sentiasa lawat, mak chek di tempatkan di HUKM. Bila mak chek dibenarkan keluar dari hospital, mak jaga sementara tunggu wan balik dari mekah. Teringat lagi, waktu tu ramai orang datang menziarahi mak chek. Sampai jiran sebelah ingat, saudara family aku jumpa kakak aku nak ucapkan tahniah masuk poli(tapi akak aku tak masuk pun.huhuh)

Waktu cuti sekolah hujung tahun 2003, aku kena dengue sehingga kena admitted ward selama 1 minggu dekat Hospital Kuala Lumpur. Biasa nya, waktu cuti sekolah aku suka duduk dekat rawang (rumah wan), tapi sebabkan dengue aku kena duduk ward. Lepas dr, benarkan aku keluar ward, terus stay dengan wan and arwah mak chek.

Kami (anak buah) semua jaga mak chek. Ingat lagi, kadang-kadang mak chek rasa panas. Kami prepare awal-awal , ice cube banyak-banyak , agar rasa panas dia berkurangan. Mak chek seorang yang pendamkan perasaan , dan tak suka tunjuk dia sakit atau tak. Tapi satu hari aku nampak , mak chek menangis menahan kesakitan . Aku tak tahu nak buat apa.

Lepas dah chemotherapy, rambut mak chek banyak yang gugur, sehingga menjadi botak. Tapi rambut mak chek kembali asal ketika dia kanak-kanak- tumbuh lebat, hitam dan juga kerinting,
Waktu chemotherapy, mak chek semakin kurus. Sedih sangat lihat mak chek. Tapi mak chek seorang yang kuat semangat, bagi dia selalu ada harapan untuk dia sembuh. Kami sentiasa bagi support mak chek akan sihat.

Ketika aku duduk berdua dengan mak chek. Mak chek sempat lagi bagi wasiat dekat aku.
Ya Allah, waktu tu aku tak tahu nak buat reaction macam mana. Aku dengar sahaja, kerana bagi aku itu penting. Walaupun dalam hati mengharapkan, mak chek nina tak nak mak chek meninggal nina nak mak chek sihat dan tengok kami semua anak buah mak chek berjaya.

"Mak chek cuma nak sampaikan pesanan, kerana ada kawan mak chek yang meninggal dia sempat sampaikan pesanan. Jadi mak chek nak bagitahu yang ni telekung yang mak chek pakai waktu dekat masjidil nabawi, nanti kalau mak chek dah tak ada tolong pakaikan telekung nie waktu kafankan mak chek. Anak saudara mak chek ada 30 lebih, mak chek nak sorang baca satu juzuk dan khatamkan al-quran di sekeliling mak chek."

Aku angguk je. Kemudian, waktu solat asar aku pakai telekung tu. (Mesti dalam hati mak chek, apa la anak saudara aku nie. Huhu). Lepas tu, mak chek tunjukkan dekat aku, tempat dia simpan telekung dalam almari baju . Mak chek dah sarungkan dalam plastik agar aku ingat.

Waktu malam hari sebelum mak chek meninggal. Aku, along, kak syahidah dan nurul (kalau tak silap ) jaga pada malam tersebut. Mak teh turut jaga sekali. Waktu malam tu, aku nampak banyak darah ada pada baju mak chek. Lebih kurang pukul 1 atau 12, mak chek kata apa cahaya dekat kaki dia . Aku waktu tu sangat blurr, dan tak faham. Then, kakak aku cakap " Tak ada apa mak chek, gold dust je dekat kaki mak chek" sambil dia pura-pura buang gold dust. Lepas dah setahun lebih, bila aku cakap dengan along baru aku tahu. Rupa nyer, along nak cover coz along tahu cahaya tu datang dari malaikat, dan along tak nak mak chek putus harapan.

Waktu subuh, mak dan juga adik beradik perempuan mak chek semua bantu mak chek nak solat. Mak chek sempat lagi cakap "Ya Allah kenapa berat sangat kaki aku ni, aku nak ambil whuduk untuk solat". Mak chek sempat solat subuh. Waktu pukul 7, mak chek minta mak aku masakkan dia bubur."Kak lang masakkan bubur, kak chek lapar" . Waktu mak aku turun, masakkan bubur mak chek dah pergi buat selama-lama nya. Kami anak buah , sangat sedih kerana sangat rapat dengan mak chek.

Kuasa Allah, nasib baik aku ingat akan pesanan mak chek.Sambil air mata aku mencurah-curah aku bagi telekung dan sampaikan pesanan mak chek. Sedih hati, ketika itu aku tak dapat nak solatkan jenazah mak chek kerana uzur. Alhamdulillah, kubur arwah mak chek berhampiran dengan kubur arwah atok. Arwah mak chek sangat sayang akan atok.Aku ingat akan pesanan mak chek agar sentiasa doakan dia dan atok.Pernah satu hari, aku mimpi arwah mak chek. Aku macam pegang tangan dia, then mak chek minta tutup lampu. Mak chek nak tidor. Aku tahu mak chek aman di sana. Amin

Kenangan aku bersama dengan atok daud(belah mak) mungkin tidak sebanyak aku bersama mak chek. Tapi berdasarkan cerita mak, arwah atok sentiasa bersabar dengan cucu dia yang nakal. Nakal nyer aku, disebabkan nak ikut orang pergi makro(waktu tu makro tak kasi budak kecik masuk), aku boleh pecahkan pasu bunga atok. Atok nampak, nak kasi tahan marah , atok pecahkan lagi pasu tu. Hehehe . Nakal kan.

Kenangan dengan atok mat(belah abah), aku sentiasa ingat setiap kali menantikan cucu dia pulang ke johor. Atok akan sambut dengan penuh mesra. Then, atok mesti akan geselkan dagu dia yang baru cukur ke muka kami. I miss that moment. Atok seorang yang penyayang. Tapi , kalau datang garang dia, mahu gerun juga kami cucu nya.

Arwah nenek mai jaga waktu mak aku masih pantang. Nenek mai tak panggil aku dengan nama amanina, tapi panggil dengan nama Amarina. Hehehe. Maybe, nenek mai suka nama tu. Tapi di akhir, hayat nenek mai , nenek mai jadi nyanyuk. Alhamdulillah, nenek mai tak banyak sangat ragam . Nenek mai mengamalkan doa panjang umur, sebab tu umur nya panjang sampai dapat lihat cicit dan piut( anak kepada cicit).

InsyaAllah, mak chek kami sentiasa doakan mak chek dan atok daud, atok mat dan nenek mai.Semoga Allah menempatkan mereka semua bersama orang-orang beriman.Amin
Al-fatihah.

Comments

  1. wasiat arwah makchek kt aku ialah supaya sentiasa bangun malam. dan setakat ni, aku belum betul2 memenuhi wasiat dia.

    arwah atuk pulak xsempat pesan pape, tapi dia muncul dalam mimpi bulan puasa 1st lepas dia meninggal tu. dalam mimpi tu, aku mengaji ngn dia dlm bilik atuk. aku salam tangan dia, sejuk dan lembut. jadi aku yakin, atuk suh aku belajar agama sebaik2nya.

    alfatihah untuk mereka.

    ReplyDelete
  2. yeah. mereka suruh kita sentiasa berpegang dengan agama agar tidak tergelincir.

    al-fatihah. amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts