Pelik = Curious

Aku dari dulu pelik dengan dua ayat nie..

Kenapa perlu cakap

SERIOUS SHIT!! Adakah perkara yang serious akan bertukar menjadi SH**?

BEST DOWH!! Kenapa perlu tambah DOWH.... Sefaham aku dowh tu singkatan kepada BO***

Minta maaf aku tak suka mencarut. Tapi pelik dengan ayat2 yang selalu golongan muda-mudi nie cakap. Maybe nampak cool. Tapi langsung tak COOL ok!! nape dah macam ayat anwarhadi? hahha

Pernah lah sekali aku buat experiment guna ayat kat atas nie, rasa mcm pelik sket..
Tetiba adik aku kata, sejak bile ko dah jadi geng budak2 lepak Pavillion, yang bajet hot cakap english tapi tak reti sebenarnye.
Oh aku tak pernah lepak kat situ, adik aku yang masuh under 18 jer tahu.

Hakikat nyer, sampai sekarang aku tak faham dengan dua ayat tersebut. Tolong lah, tak ada faedah nyer menambah2 perkataan yang mencarut2 nie.
Kan lebih elok kalau cakap. SERIOUS tanpa perlu menambah. dan juga BEST tanpa perlu ayat tambahan.

p/s: entah nape isu nie keluar, maybe haritu aku ada nampak ada minah duk cakap ayat nie, sambil gelak kuat2.sangat tak cool.


Comments

Popular Posts